Sunday 12 July 2015

KATA PENGUAT

KATA PENGUAT

            Kata penguat ialah kata yang mendahului atau mengikuti  kata  adjektif  dan  berfungsi  untuk
menguatkan  maksud  kata  adjektif.
Kata  penguat  terbahagi  kepada  tiga  jenis, iaitu:

Kata Penguat Hadapan
- Digunakan di hadapan kata adjektif
    paling, agak, terlalu     ( PAT )


Kata Penguat Bebas
- Digunakan di hadapan dan belakang kata adjektif       
    sangat  , amat, sungguh   ( SAS )


Kata Penguat Belakang
- Digunakan di belakang kata adjektif
    sekali , betul , benar , nian  ( SSBN )


Formula Penting :
1) sungguh, amat  dan  sangat  boleh diikuti dengan     
    sekali.    ( S A S )

Contoh : sungguh baik sekali
              amat baik sekali
              sangat baik sekali

2) paling, agak  dan terlalu tidak boleh diikuti dengan   
    sekali.   ( P A T )

Contoh :  agak cantik sekali
               paling pandai sekali


Nian ialah kata penguat yang letaknya di belakang kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, dan sungguh. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, contohnya segak nian, bodoh nian.
_____________________________________________

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


1 ______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.
A Nian
B Benar
C Sekali
D Terlalu

2 Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.
A betul
B benar
C sekali
D paling

3 Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.
A paling
B sekali
C benar
D betul

4 Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.
A nian
B agak
C betul
D benar

5 Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.
A paling
B sekali
C betul
D nian

6 Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas.
A sungguh
B sekali
C benar
D nian

7 Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.
A amat
B betul
C benar
D sekali

8 Rasa buah durian tembaga itu _________ sedap.
A betul
B benar
C sekali
D sangat

9 Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.
A paling
B sekali
C betul
D nian

10 . ________ cantik pemandangan yang kamu lukis ini,. puji Halim kepada Zainal.
A Sungguh
B Sekali
C Betul
D Nian

11 Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Yam ____________rangup.
A sekali
B betul
C amat
D nian


12 Suhu di dalam bilik hotel ________ sejuk sehingga saya menggigil.
A terlalu
B sekali
C betul
D nian

13 Pantas ___________ kuda putih itu berlari meninggalkan kuda-kuda yang lain.
A agak
B sekali
C paling
D terlalu

14 Haiwan yang besar ___________ di air ialah ikan paus.
A agak
B paling
C sekali
D terlalu

15 Antara murid Tahun 6 Rajin, Murni yang tinggi ___________.
A paling
B sekali
C agak
D terlalu

16 Nescafe yang dibancuh oleh Ratni manis_________rasanya.
A agak
B benar
C terlalu
D paling

17 Pesawat itu mendarat dengan laju _______ lalu terbabas di hujung landasan.
A paling
B sekali
C agak
D terlalu

18 Tulisan tangan Salina cantik dan kemas_________.
A terlalu
B paling
C benar
D agak

Soalan 19 dan Soalan 20
Semua jawapan untuk ayat di bawah adalah betul kecuali

19 Cerita yang dikarang oleh Murally itu menarik _________ .
A amat
B betul
C agak
D sekali


20 Rasa buah durian tembaga sedap _________.
A agak
B benar
C sekali
D sungguh

Soalan 21 dan Soalan 24
Pilh penggunaan kata penguat yang betul.

21 Pintar __________Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang
garang itu.
A sungguh
B terlalu
C paling
D agak

22 .Cantik ________ gambar yang kamu lukis ini,. puji Halim kepada Zainal.
A terlalu
B paling
C benar
D agak

23 Puding jagung yang dibuat oleh kakak lembik ___________.
A agak
B betul
C paling
D terlalu

24 Air sungai itu jernih __________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.
A amat
B agak
C paling
D terlalu

Soalan 25 hingga soalan 30.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.

25  A Bodoh nian kamu jika cepat mempercayai   
          kata-kata jurujual itu.
      B Sungguh kurang sopan perangai kamu.
      C Betul kurus kamu sekarang.
      D Lembut nian kek yang dibuat oleh Mazni itu.

26  A Gulai lemak kepala ikan yang emak masak  
          enak betul.
      B Soalan-soalan ujian Bahasa Melayu kali ini  
          susah paling.
      C Datuk dan nenek paling gembira apabila  
          cucunya pulang ke kampung.
      D Kebun datuk kelihatan nian hebat di kampung 
          itu.

27  A Perangai budak-budak itu baik sekali.
      B Kek yang dibuat oleh Kak Ummi nian lembut.
      C Pahlawan Melayu yang nian handal ialah 
          Hang Tuah.
      D Keris Taming Sari itu tajam paling

28  A. Awal terlalu kalian sampai pagi ini,. kata 
          Encik Ali kepada anak buahnya.
      B. Mengapakah nian lambat awak ke sini?
          tanya Encik Tan kepada Swee Meng.
      C.Siti paling cantik di mata para peminatnya,.
          jelas seorang peminat kepada
         seorang wartawan hiburan.
      D.Sarifah berbaju amat tercantik pada pagi ini,.
         kata rakan-rakannya.

29 A Ramai sekali pengunjung berkelah di Teluk 
        Batik.
     B Makanan yang dijual di gerai itu nian murah
        dan sedap.
     C Bangunan itu adalah yang paling tertinggi
        sekali di bandar Teluk Intan.
     D Benar sukar untuk menjawab soalan-soalan
        yang dikemukakan ini.

30 A Anak kucing itu comel sangat.
     B Suara penyanyi popular itu betul merdu.
     C Nani berasa paling amat lega kerana semua
        kerjanya telah siap.
     D Rasa buah mangga muda itu kelat paling.

Soalan 31 hingga Soalan 36
Pilih ayat-ayat yang yang betul.

31  I Cuaca pada hari ini panas betul.
     II Samad sekali kurang minat untuk belajar.
    III Pemandangan di Pulau Kapas amat indah
    IV Sally kelihatan sungguh manis apabila berbaju 
        kurung.
 
   A I dan II
   B III dan IV
   C I, II dan III
   D I, III dan IV
32 I Ruang bilik ini sangat sempit.
    II Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
   III Tukang masak itu handal paling memasak
       makanan barat.
  IV Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya
      kerana sikapnya yang lembut terlalu.

  A I dan II
  B III dan IV
  C I, II dan III
  D I, III dan IV

33 I Betul cantik tulisan kamu.
    II Ibu jatuh sakit kerana sangat sedih setelah
       kematian ayah.
   III Saya berasa senang sungguh apabila awak
       dapat membantu saya.
   IV Pertumbuhan ekonomi negara meningkat ke
       tahap yang paling tinggi.

   A I dan II
   B II dan III
   C I, III dan IV
   D II, III dan IV
34 I Comel nian anak kucing ini.
    II Nian gemuk badan awak sejak kebelakangan    
       ini.
   III Mengapakah mahal sangat baju kegemaran  
       saya ini?
   IV Mengapakah lambat agak awak mula  
       mengulang kaji pelajaran?

   A I dan III
   B III dan IV
   C I, II dan III
   D I, III dan IV

35 I Persembahan penyanyi itu hebat sekali.
    II Makanan yang dimasak oleh ibu amat sedap
       sekali.
   III Kura-kura amat gembira apabila berjaya 
      mengalahkan arnab.
  IV Dia berasa teramat gembira sekali setelah 
      menjuarai pertandingan itu.

  A I dan II
  B III dan IV
  C I, II dan III
  D II, III dan IV

36 I Chef Ali merupakan tukang masak yang handal
       paling di hotel itu.
    II Kenapakah mahal sangat harga ikan di pasar 
       malam itu?
   III Comel sungguh bayi perempuan Puan Lim itu.
   IV Cis, sungguh malangnya nasibku ini !

  A I dan II
  B I dan III
  C II dan III

  D III dan IV

9 comments: