Sila baca puisi
di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya
Kail mengena si ikan jelawat,
Ditangkap nelayan bersama lokan ;
Ekonomi negara semakin gawat,
Tenangkan hati
menerima ujian
Indah berseri hiasan jati,
Jati tumbuh di puncak bukit;
Jangan berbelanja sesuka hati,
Ada wang lebih simpanlah sedikit.
Petang redup pergi ke pekan,
Pergi ke pekan menaiki basikal:
Belanja sekolah boleh
dikurangkan,
Galakkan anak membawa bekal.
Pergi ke surau bersama-sama rakan
,
Singgah sebentar di rumah Noja;
Barang tempatan patut diutamakan,
Jenama luar lupakan sahaja.
Anak kecil berhidung mancung,
Pandai mengaji sopan tuturnya;
Jika tergerak untuk melancong,
Negara sendiri patut diutama.
Gadis manis tersedu-sedu,
Ditinggalkan bonda dalam bahtera;
Marilah kita bersatu padu,
Negara aman Rakyat sejahtera.
1. Apakah jenis puisi di atas?
A. Syair
B. Gurindam
C. Pantun nasihat
D. Pantun adat
2. Pernyataan yang berikut betul
tentang pantun kecuali
A. pantun mempunyai pembayang dan
maksud
B. pantun mempunyai antara 8-12
sukukata
C. pantun mempunyai rima yang
sama
D. pantun di atas ialah pantun
empat kerat
3. Manakah antara yang berikut
BUKAN harapan penulis ?
A. Berjimat cermat
B. Tenangkan fikiran menghadapi
dugaan
C. Teruskan bersatu padu
D. Mengaji dan berkelakuan sopan
4. Pernyataan yang berikut ada
kaitan dengan ungkapan tenangkan hati
menerima ujian kecuali
A. tidak menimbulkan kekecohan
B. selalu beringat bahawa
kehidupan kita tidak selamanya
mewah
C. setiap ujian yang kita terima
perlu dihadapi kerana ada
nikmatnya
D. kesusahan berlaku atas kesilapan manusia sendiri
No comments:
Post a Comment