Baca ucapan di
bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya
PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA KAWASAN
SELATAN
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia
Tan Sri Dato… Mohd.
Rashdan bin Baba
(Pengerusi Eksekutif Telekom Malaysia ), Encik Baharom bin Salleh (Pengurus
Telekom Malaysia), dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin
sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya , Abdul Halim Hussain, Selaku Pengurus
Telekom Malaysia Kawasan Selatan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
Tan Sri Dato Rashdan keranasudi hadir dan seterusnya merasmikan Kejohanan
Olahraga Kawasan Selatan bagi kali yang keempat. Saya juga mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada semua urus seti yang
telah bersusah payah bagi memastikan kejohanan ini dapat berjalan dengan
lancar.Alhamdulillah , sekali lagi kakitangan Telekom Kawasan Selatan dapat
berinteraksi dan beradu tenaga dalam acara -acara sukan yang dipertandingkan.
Saya berharap semua peserta akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang
dan penuh semangat kesukanan di samping mengeratkan silaturahim antara kita. Saya
yakin semua peserta akan lebih bersemangat lagi dengan kehadiran yang berbahagia
Tan Sri Dato Mohd Rashdan .
Walaupun sibuk dengan pelbagai tugas
namun kakitangan Telekom Malaysia Kawasan Selatan tetap menyokong sebarang kegiatan
sukan yang di adakan di kawasan ini. Hal ini kerana melalui sukan sahaja badan
kita akan cergas dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan.
Untuk tujuan itu berbagai-bagai kelengkapan dan kemudahan sukan telah di
sediakan oleh pihak Telekom sebagai membuktikan komitmen nereka dalam bidang
sukan
Akhir kata, pihak Telekom Malaysia
Kawasan Selatan ingin melihat kakitangannya maju dalam sukan dan juga mencapai
mutu perkhidmatan yang cemerlang. Kita mahu kedua-duanya seimbang. Kepada semua
peserta saya mengucapkan selamat maju jaya. Semoga lebih banyak kegiatan
seperti ini di anjurkan untuk manfaat lita bersama. Majulah Sukan Untuk Negara.
Sekian , wassalam.
1. Siapakah personaliti yang
berikut, menjawat jawatan tertinggi di kalangan
mereka ?
A. Encik Baharom bin Salleh
B. Abdul Halim Hussain
C. Abdul Halim Hassan
D. Tan Sri Dato… Mohd.
Rashdan
2. Apakah tujuan Tan Sri Dato… Mohd.
Rashdan di jemput ke Kejohanan
Olahraga Kawasan Selatan ini ?
A. sebagai penasihat kejohanan
B. sebagai penonton kejohanan
C. sebagai perasmi kejohanan
D. sebagai hakim kejohanan
3. Yang manakah antara berikut bukan
tujuan kejohanan ini diadakan ?
A. untuk mengeratkan silaturahim
B. untuk mencapai prestasi yang
cemerlang
C. untuk memilih calon-calon yang
layak dalam SUKOM 98…
D. untuk meningkatkan semangat
kesukanan
4. Perkataan prestasi dalam
petikan ini boleh diganti dengan
A. potensi
B. persaingan
C. pencapaian
D. penilaian
5. Apakah insiatif pihak Telekom
dalam menjayakan kejohanan ini ?
A. menyediakan kelengkapan sukan
B. menyediakan pelbagai program
sukan
C. menjemput Tan Sri Dato… Mohd.
Rashdan
D. memilih kakitangan yang aktif dalam sukan
No comments:
Post a Comment