Tuesday 7 July 2015

KATA NAMA

Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu 
1) kata nama am, 
2) kata nama khas
3) kata ganti nama.

Kata Nama Am


Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatusecara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat


Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 

Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khasHuruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)


Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana

Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi


KATA GANTI NAMA DIRI

Kata Ganti Nama Diri 

Kata ganti nama diri dapat digolongkan kepada  tiga bentuk iaitu:
  • Kata ganti nama diri pertama 
  • Kata ganti nama diri kedua 
  • Kata ganti nama diri ketiga 

1.  Kata ganti nama diri pertama 

Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap.
Contoh kata ganti nama diri pertama dan penggunaannya ialah sepertimana di bawah;
Bentuk

Penggunaan
Contoh ayat
Tunggal 
Aku
Sewaktu bercakap dengan rakan atau tuhan 
1.Aku berlindung pada-mu,Tuhan.
2.”Berikan aku pen itu,”kata Ah Chong kepada Ramu. 
Saya
Sewaktu bercakap dalam majlis rasmi atau  dengan orang yang baru dikenali 
1.Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan sekalian. 
Beta
Sewaktu Raja atau Sultanbertitah  kepada rakyat  
1.Beta murka dengan kelakuan tuan hamba. 
Patik
Sewaktu golongan bawahan  bercakap dengan Raja 
Ampun tuanku, sembah patik harap diampun.
Hamba
Digunakan sebagai kata ganti nama diri sendiri pada zaman dahulu. 
1.Siapakah  geranagan tuan hamba?
Jamak 
Kami
Mewakili pihak yang ramai apabila bercakap dengan orang lain
1.”Kami akan belajar bersungguh-sungguh,” kata mereka.  
Kita
Digunakan kepada diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap 
1.Kita rakyat Malaysia.
2.Di manakah kita sekarang. 

2.  Kata ganti nama diri kedua 

Kataganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk orang yang dilawan bercakap.

Awak
Anda
Engkau
Tuanku
Kalian
Kamu
Hamba

Bentuk
Penggunaan
Contoh Ayat
Awak
Digunakan untuk membahasakan diri orang kedua 
1.Saya akan kerumah awak esok.
2.Bilakah awak tiba?
Anda
Digunakan untuk orang yang tidak dikhususkan percakapan atau dalam satu kumpulan 
1.Anda dilarang membuang sampah di sini.
2.Anda diminta tunggu sebentar.
Engkau
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat dengan kita atau Tuhan 
1.Jangan engkau hiraukan tentang diri saya. 
2.Engkau yang Maha Pemurah.
Tuanku
Digunakan apabila bercakap dengan Sultan atau Raja 
1.Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun.
Kalian
Digunakan ketika bercakap dengan sekumpulan orang 
1.Diharap kalian dapat bersabar.
2.Kalian tidak dibenarkan bercakap. 
Kamu
Digunakan ketika bercakap dengan orang yang rapat dengan kita 
1.Bilakah kamu tiba?
2.Kamu akan berjaya jika rajin berusaha.  
Hamba
Digunakan ketika merujuk kepada percakapan bahasa orang-orang terdahulu.
1. "Hamba berharap tuan hamba akan datang ke teratak buruk hamba malam nanti,"  kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

3.  Kata ganti nama diri ketiga

Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk merujuk orang yang diperkatakan.

Ia
Dia
Beliau
Baginda
Mereka

Bentuk
Penggunaan
Contoh Ayat
Tunggal 


Ia 
Digunakan untuk merujuk benda atau haiwan yang diperkatakan 
1. Itu kapal terbang.Ia bergerak pantas.
2. Si Comel mengiau- ngiau. Ia kehilangan anak. 
Dia 
Digunakan untuk merujuk seseorang yang diperkatakan 
1. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga Encik Hamid. 
Beliau 
Digunakan untuk merujuk seseorang yang berkedudukan atau terhormat 
1. Beliau pemimpin yang dihormati. 
2. Beliau pensyarah di Universiti Malaya
Baginda 
Digunakan untuk merujuk Sultan atau Raja 
1. Baginda memerintah negeri dengan adil dan saksama. 
Jamak


Mereka 
Digunakan untuk merujuk sekumpulan orang yang diperkatakan 
1.  Mereka sedang bermain bola.
2. Antara mereka dialah yang terpandai.,

No comments:

Post a Comment