Kata kerja
terbahagi kepada :
A. Kata
Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata
Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja Transitif
1. Kata
Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut
( objek ).
2. Ayat ini
mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata
kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan,
membacakan, menduduki, mempersilakan.
1.
Kata kerja transitif ialah kata
kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya:
Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja
transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i,
dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat
:
1. Kucing
itu menangkap seekor burung.
2.
perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa
sedang menulis surat.
Dalam ayat
pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat
kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat
ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau
penyambut.
(a)
Pak Abu menjala ikan.
(b)
Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)
"Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua
kampung.
(d)
Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)
Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)
Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja transitif
|
penyambut ( Objek )
|
Dia suka
|
membaca
|
buku
|
Jamilah
|
memukul
|
seekor ular
|
Abidin
|
menjual
|
kuih-muih
|
Ramli
|
berjalan
|
ke sekolah
|
Kereta itu
|
melanggar
|
seekor lembu
|
B. Kata
Kerja Tak Transitif
Kata kerja
tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau
orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya
::
1. Mereka
berjalan pada hari cuti.
2. Anjing
itu sedang tidur.
3. Hujan
turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat
pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat
kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat
ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja tak Transitif
|
keterangan
|
Kami
|
mandi
|
di tasek itu.
|
Dia
|
senyum
|
semasa berjalan
|
Saya
|
menyanyi
|
dengan kuat
|
Hassan
|
berjalan
|
ke sekolah
|
7.1 Kata
Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.
Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada
yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan
ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang
belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap
kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah
‘kan’ atau ‘ I’
di
hujungnya.
Contoh
ayat:
1. Mereka
menjalankan jentera itu.
2. Emak
sedang menidurkan adik.
3. Pekerja
itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim
mengikuti perbualan mereka.
5. Saya
sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
7.3 Kata
Kerja Pasif
1.
Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya:
angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.
Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata
kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3.
Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya:
kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.
Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya:
kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5
Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya:
diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan
No comments:
Post a Comment