Baca
petikan-petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya :
Pada
malam yang sunyi itu, kedengaran suara orang merungut-rungut. Suara itu adalah
suara Halim. Nyamuk “ nyamuk
yang berterbangan di atas kepala dan mengigitnya telah menganggu tidurnya sejak
tadi. Sambil mengaru -garu tempat gigitan nyamuk, dia bangun lalu membuka
lampu. Besok dia terpaksa menghantar ayam-ayam itu kepada Pak Leman, seperti
yang dijanjikan. Ini berm akna dia terpaksa bangun awal. Hatinya menjadi resah
!. Halim mengelamun. Berbagai-bagai fikiran bermain di kepalanya.
Tiba-tiba dia mendapat satu akal. Esok,
dia akan menbeli kelambu. Kelambu itu akan melindungi dia dan keluarganya. Dia
tersenyum . Tiba-tiba senyumannya hilang.
”Dapatkah
kelambu itu menghapuskan nyamuk?„
fikirnya.
”Apakah yang menyebabkan
nyamuk begitu banyak?„
Soalan ini bermain dikepalanya.
Halim terus berfikir panjang. Suatu
kesedaran timbul dalam dirinya. Dia sedar bahawa dialah yang bertanggungjawab. Dia
menyesal kerana selama ini dia tidak pernah membersihkan kawasan di sekeliling
rumahnya. Akibatnya, kawasan di sekeliling rumahnya sangat kotor. Longkang-longkang
di sekeliling rumahnya penuh dengan sampah sarap dan air yang bertakung di situ
telah menjadi tempat nyamuk membiak. Tin-tin dan botol-botol kosong elalu
sahaja dibuangnya ke dalam semak samun yang berhampiran dengan rumahnya. Semak
samun dan rumput rampai tidak pernah ditebasnya. Halim mengambil satu keputusan
yang tegas. Esok petang, dia akan membersihkan seluruh kawasan di sekeliling
rumhnya.
Dia
akan menanam tin -tin, botol-botol atau lain-lain barang yang dapat menakung
air. Dia akan memastikan bahawa kawasan di dalam dan di luar rumahnya sentiasa
bersih. Setelah memikir kan segala-galanya Halim cuba tidur dengan keazaman
yang baru.
1. Perkataan merungut-rungut
boleh digantikan dengan
A. mengeluh
B. bersungut-sungut
C. bercakap-cakap
D. menyesal
2. Mengapakah agaknya Halim
menjadi resah ?
A. kerana dia di gigit nyamuk
B. kerana dia terlupa hendak
menghantar ayam-ayam kepada Pak Leman
C. kerana dia tidak dapat bangun
awal pada keesokan paginya
D. kerana dia tidak mempunyai
kelambu
3. Perkataan mengelamun bermaksud
A. Mengkaji
B. Menggerutu
C. memikirkan sesuatu
D. menyentuh
4. Apakah yang di kesalkan oleh
Halim ?
A. tidak dapat tidur dengan
nyenyak
B. selama ini dia tidak membeli
kelambu
C. selama ini dia tidak pernah
menjaga kebersihan kawasan di sekeliling
rumahnya
D. selama ini dia tidak
menghapuskan nyamuk
5. Pernyataan “ pernyataan
berikut berkaitan dengan petikan di atas kecuali
A. air yang bertakung di
longkang-longkang menjadi tempat pembiakan
nyamuk
B. keadaan di sekeliling rumah
Halim sangat kotor
C. keluarga Halim tidur dirumah
Halim tanpa kelambu
D. Halim telah menebaskan semak samun di keliling rumahnya
No comments:
Post a Comment