KATA GANDA
Isi tempat kosong
dengan kata ganda yang sesuai.
1 Petani memasang
__________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
A kisi-kisi
B orang-orang
C tupai-tupai
D layang-layang
2 Pawagam menjadi
___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah
selesai ditayangkan.
A riuh-rendah
B gelap-gelita
C porak-peranda
D terang-benderang
3 Baju Jaswan Singh
___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti
mewarna.
A comot-momot
B koyak-rabak
C serba-serbih
D compang-camping
4 Ideanya telah
ditolak _________ oleh majikannya.
A hidup-hidup
B bulat-bulat
C betul-betul
D terang-benderang
5 Pak Chee suka makan
sup ____________ ikan.
A bebola
B jejari
C dedaun
D
kekabu
6 Mereka ketawa
___________ apabila menonton filem komedi lakonan
Tan Sri P. Ramlee.
A teresak-esak
B terkebil-kebil
C terbahak-bahak
D tergelak-gelak
7 Kemalangan sering
berlaku di jalan yang __________ itu.
A berkelip-kelip
B berpinar-pinar
C berderet-deret
D berliku-liku
8 Bantal yang berisi
__________ amat lembut sekali.
A dedaun
B kekabu
C bebola
D bebiri
9 Ayah menyapu
__________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.
A dedaun
B kekabu
C bebola
D bebiri
10 Keadaan menjadi
_________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar
langit itu.
A haru-biru
B keluh-kesah
C kusut-masai
D
tunggang-langgang
11 Sereena membalut
hadiah itu ___________.
A kemas-kemas
B ketat-ketat
C kuat-kuat
D erat-erat
12 Sebilangan besar
murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.
A lemah-longlai
B lemah-gemalai
C hiruk-pikuk
D cirit-birit
13 Sheela menangis
__________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak
berbalas.
A tercungap-cungap
B terbahak-bahak
C teresak-esak
D tersipu-sipu
14 Setiap hari kami
terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu
merupakan jalan
pintas.
A ulang-alik
B bolak-balik
C mundar-mandir
D lalu-lalang
15 Daerah Kuala
Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang
digunakan untuk menyimpan
air minuman.
A kekuda
B sesiku
C kekisi
D lelabu
16 Berbasikal secara
____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.
A bersaing-saing
B berbaris-baris
C berluncur-luncur
D
berderet-deret
17 Banyak __________
rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.
A dedahan
B pepohon
C dedaun
D reranting
18 Ada sebuah busut
__________ di bawah pokok ketapang itu.
A jentik-jentik
B pijat-pijat
C anai-anai
D kura-kura
19 Keluarga Encik Zain
seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.
A ulang-alik
B lalu-lalang
C mundar-mandir
D mandi-manda
20 Muka Aliyah menjadi
___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.
A kebiru-biruan
B kemalu-maluan
C keanak-anakan
D kemerah-merahan
21 Rancangan itu
dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang
mengetahuinya.
A lambat-laun
B sorok-sorok
C senyap-senyap
D sayup-sayup
22 Rambut budak lelaki
itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.
A kusut-masai
B serba-serbih
C comot-momot
D
compang-camping
23 Polis telah
__________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai
emas kelmarin.
A bertukar-tukar
B berhujah-hujah
C berbalas-balas
D berganti-ganti
24 Aiman lari
__________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
A riuh-rendah
B lintang-pukang
C kumat-kamit
D lalu-lalang
25 Pengusaha kantin
menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat
pemeriksaan
kebersihan.
A huru-hara
B remeh-temeh
C kelam-kabut
D kacau-bilau
26 Pendapat pemuda itu
telah ditolak __________ oleh majikannya.
A mentah-mentah
B senang-senang
C semua-semua
D betul-betul
27 Adik berjalan
__________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari
tangga semalam.
A terkial-kial
B tersekat-sekat
C terhuyung-hayang
D terhincut-hincut
28 Saya suka
__________ di pasar raya Jaya Jusco
A berulang-alik
B meliang-liuk
C bersiar-siar
D
membeli-belah
29 Dedaun kelapa
__________ ditiup angin sepoi.sepoi
bahasa.
A berkibar-kibar
B meliang-liuk
C bersiar-siar
D membeli-belah
30 Kilang simen itu
mengeluarkan __________ asap ke udara.
A bergumpal-gumpal
B bersimpul-simpul
C berkepul-kepul
D berketul-ketul
31 Adi memeluk
pinggang ayahnya __________ ketika membonceng motorsikal ayahnya.
A erat-erat
B dekat-dekat
C betul-betul
D diam-diam
32 Hal yang __________
tidak sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat tadi.
A hangar-bingar
B kucar-kacir
C dolak-dalik
D remeh-temeh
33 Pakaian di dalam
mesin basuh itu __________ ketika dicuci.
A berketul-ketul
B berbonggol-bonggol
C bergumpal-gumpal
D bersimpul-simpul
34 Menjelang pilihan
raya yang ke-12, orang ramai __________ keluar untuk mendengar
ceramah yang
disampaikan oleh calon.calon
yang bertanding.
A berhimpit-himpit
B berpusu-pusu
C berebut-rebut
D
berbaris-baris
35 Pembalakan haruslah
dijalankan secara terancang supaya __________ tidak kelihatan
gondol.
A rumput-rampai
B gunung-ganang
C semak-samun
D bukit-bukau
36 Tangan datuk
__________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.
A terketar-ketar
B tergigil-gigil
C termangu-mangu
D terkial-kial
37 Wajah Intan Suraya
__________ apabila mendapat hadiah sempena hari jadinya yang
ke.14.
A berseri-seri
B berkilau-kilau
C berpinar-pinar
D bersinar-sinar
38 Jalur Gemilang
kelihatan __________ apabila ditiup angin.
A berbuai-buai
B berkibar-kibar
C bergoyang-goyang
D bergerak-gerak
39 Muka petinju itu
__________ akibat tumbukan pihak lawan.
A calar-balar
B bengkak-bengkil
C comot-momot
D bengkang-bengkok
40 Samira _________
dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan raya yang sibuk itu.
A dekat-dekat
B kadang-kadang
C nyaris-nyaris
D
hampir-hampir
41 Operasi mencari dan
menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan
Renjer kerana mereka
lebih mengetahui __________ hutan simpan itu.
A simpang-siur
B selok-belok
C lekak-lekuk
D hiruk-pikuk
42 Persahabatan kami
tetap erat walaupun kami tinggal berjauhan kerana kami sering
__________.
A pandang-memandang
B jelling-menjeling
C tegur-menegur
D kunjung-mengunjung
43 Suasana __________
di stadium itu jelas kedengaran tatkala wisel penamat ditiupkan.
A huru-hara
B hiruk-pikuk
C kacau-bilau
D kucar-kacir
44 Tangisan pilu
mangsa kekejaman Zionis itu masih _________ di telingaku.
A terngiang-ngiang
B teringat-ingat
C berbisik-bisik
D berdering-dering
45 Kami masih dapat
melihat kilauan permata itu walaupun dalam cahaya yang
__________.
A pinar-pinar
B balam-balam
C samar-samar
D suram-suram
46 Encik Bala berjalan
_________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak
sulungnya.
A ulang-alik
B lintang-pukang
C mundar-mandir
D
kelam-kabut
47 Kemunculan seekor tikus
dari celah pintu itu telah menyebabkan suasana __________
di kelas 6 Teratai.
A hangar-bingar
B gundah-gulana
C jerit-pekik
D tunggang-langgang
48 __________ muka
adik menahan kesakitan akibat terjatuh dari basikalnya.
A Bermuka-muka
B Berpinar-pinar
C Berkedut-kedut
D Berkerut-kerut
49 Pertahanan pasukan
Perak __________ akibat daripada asakan bertubi . tubi pasukan
lawan.
A hiruk-pikuk
B kucar-kacir
C kacau-bilau
D haru-biru
50 Puan Kumari
menggunakan ___________ yang diimport khas dari India untuk
melazatkan masakannya.
A beras-petas
B kuih-muih
C rempah-ratus
D sayur-mayur
51 Selepas mandi, dia
mengenakan __________ pada badannya agar harum.
A bunga-bungaan
B ubat-ubatan
C biji-bijian
D
bau-bauan
52 Guruh berdentum,
kilat __________ menandakan hujan lebat akan turun membasahi
bumi.
A sabung-menyabung
B sapa-menyapa
C tolak-menolak
D cuit-mencuit
53 Kakak tidak dapat
tidur lena di rumah nenek kerana asyik terdengar bunyi __________
buah mangga yang
gugur.
A letuk-letak
B lepak-lepuk
C lesuk-lesak
D letung-letang
54 Ibu mengusap
__________ adik yang masih merah dengan penuh kasih sayang.
A mata-mata
B rambut-rambut
C ubun-ubun
D tulang-tulang
55 Keluarga yang
__________ merupakan salah satu daripada faktor penyebab remaja
menghadapi masalah
sosial.
A huru-hara
B hangar-bingar
C gundah-gulana
D porak-peranda
56 Dari jauh kelihatan
sebuah kapal __________ di tengah lautan.
A berbalam-balam
B berbelang-belang
C berbalun-balun
D berlalu-lalang
57 Skru besar itu
tidak dapat digunakan kerana __________ nya sudah haus.
A sesendi
B bebenang
C kekuda
D
kekisi
58 Suatu ketika dulu,
feri .Gadis Langkasuka. __________ dari Pulau Pinang
ke Medan,
Indonesia.
A lalu-lalang
B mundar-mandir
C bolak-balik
D lintang-kedak
59 Sampan kecil di
laut itu kelihatan _________ apabila dipukul ombak.
A terhuyung-hayang
B terkapai-kapai
C terapung-apung
D terolang-aling
60 Badan peserta . peserta Program Latihan
Khidmat Negara _________ kerana meredah
belukar.
A calar-balar
B pucat-lesi
C koyak-rabak
D
comot-momot
No comments:
Post a Comment