Baca surat di
bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya
Jalan utama,
Taman Sungai Serada,
21300, Manir
Terengganu.
________________________________________________________________
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kuala
Terengganu,
20200 Kuala Terengganu. 12 APRIL 2015
Tuan,
Masalah Kekotoran
Dengan
hormatnya, saya selaku wakil penduduk Taman Sungai Serada berasa kecewa kerana
pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu masih belum mengambil sebarang
tindakan terhdap masalah di atas. Saluran najis di kawasan perumahan kami
tersumbat dan mengakibatkan tangki najis itu pecah. Apabila tangki pecah, najis
melimpah keluar. Keadaan ini tidak menyenangkan kami kerana penduduk yang
terpaksa menutup pintu dan tingkap sehari suntuk bagi mengelakkan bau busuk itu
masuk ke dalam rumah. Kami sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk itu yang
sekaligus menghilangkan selera makan.
Masalah ini bertambah teruk apabila
hari hujan. Tangki najis yag pecah itu menyebabkan air najis mengalir ke
kawasan-kawasan lain. Akibatnya penduduk di taman ini menghidapi berbagai-bagai
jenis penyakit kulit. Selain itu, sampah sarap tidak diangkut berminggu-minggu
oleh MPKT. Keadaan ini menyebabkan sampah sarap bersepah di sana sini akibat
diselongkar oleh kucing
dan anjing liar.
Sesetengah penduduk pula membuang sampah sarap ke dalam parit. Air parit tidak
dapat mengalir dengan lancar dna bertakung. Air yang bertakung memudahkan
nyamuk membiak dan bertelur, terutamanya nyamuk aedes.
Kami bimbang penduduk di kawasan ini
akan dijangkiti penyakit demam denggi. Taman permainan kanak-kanak di tempat
perumahan kami tiada kelengkapan yang sempurna. Rumput padang terlalu panjang
kerana tidak dimesin, tambahan pula alatalat permainan kanak-kanakseperti
buaian dan gelongsor sangatlah uzur. Ini amat membahayakan kanak-kanak dan
boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diduga. Saya bagi pihak penduduk taman
ini memohon agar pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi
masalah itu secepat mungkin. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan
amatlah kami hargai.
Sekian, terima
kasih.
Yang benar,
Khairul
(KHAIRUL BIN
AHMAD)
Wakil Penduduk,
Taman Sungai Serada.
1. Manakah yang merupakan tunggak
keamanan sesebuah negara?
A. rakyat yang suka brjimat
cermat
B. adanya semangat bersatu padu
di kalangan rakyat
C. mengutamakan tugas sendiri
D. membantu orang susah
2. Apakah tujuan penulis menulis
surat kepada Majlis Perbandaran Kuala
Terengganu ?
A. untuk mebuat rayuan supaya
diadakan tempat membuang sampah
B. untuk membuat aduan tentang
penduduk taman yang menghidap
berbagai-bagai jenis penyakit
kulit
C. untuk membuat aduan tentang
masalah saluran najis yang tersumbat ,
sampah sarap yang tidak diangkut
dan ketiadaan taman permainan
kanak-kanak yang sempurna
D. untuk membuat aduan tentang
penduduk yang dijangkiti penyakit
deman denggi
3. Apakah jenis pencemaran yang
berlaku di tempat tinggal penulis ?
A. pencemaran air, udara dan
bunyi
B. pencemaran air
C. pencemaran bunyi
D. pencemaran udara
4. Makna bagi perkataan selongkar
dalam surat di atas adalah
A. digeledah
B. dimakan
C. dibuang
D. dikais
5. Apakah yang menyebabkan
penyakit deman denggi merebak ?
A. Nyamuk tiruk
B. Nyamuk aedes
C. Tikus
D. Lalat
No comments:
Post a Comment