1. Terdapat empat jenis ragam
ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
(a)
ayat penyata;
(b)
ayat tanya;
(c)
ayat perintah;
(d)
ayat seruan.
2. Keterangan dan contoh ayatayat
tersebut adalah seperti berikut:
(a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu
hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga
sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
3. Ayat penyata ialah ayat yang
menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
Contohnya:
i. Kakak sedang menyiram
bunga.
ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi
longkang.
(b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang
digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia,
binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada
dua iaitu :
a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i. Berapakah harga kasut
itu?
ii. Sudahkah adik minum
susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang
itu dibuat?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata
tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu
?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan
kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan
meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda
tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku
itu ?
(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk
menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang
menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi
arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan
untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh :
a) Hantarlah buku itu sebelum
pulang.
b) Turunlah dari sini sekarang
juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon
pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan
tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh :
a)Tolong bawakan minuman ini ke
dapur.
b) Minta hadirin semua bergerak
ke bilik jamuan.
c) Tolong jemurkan pakaian itu.
(permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang
melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan
seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan
untuk melembutkan ayat.
Contoh :
a) Jangan minum air itu.
b) Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan
mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan
seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh :
a) Sila bawa sejadah bila ke
surau.
b) Jemputlah menikmati
c) Datanglah ke rumah saya.
(silaan)
Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk
melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan
dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda
seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak
diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata
seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i. Amboi, cantiknya baju kamu!
ii. Aduh, sakitnya perut aku!
iii. Oh, dia sudah pergi ke
sekolah !
No comments:
Post a Comment